BM
- Details
- Hits: 226
TADIKA METHODIST TRINITY sekarang sudah di buka untuk pengambilan bagi 2021 (kanak-kanak yang lahir antara tahun 2015-2017). Pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris dan kami menawarkan Pendidikan Kristian dan bimbingan sesi membaca seorang ke seorang (BM, BI, BC).
Masa kelas biasa: 8:00 pagi-12:00 tengahari; Sepenuh hari (pilihan): 7:00 pagi-5:30 petang.
Keterangan lebih lanjut sila hubung Sis. Angela Chan (052-413722; 011-10613722).
- Details
- Hits: 259
Sumber-sumber berikut boleh didapati untuk melihat berkaitan dengan COVID-19:
- Surat Rasmi SCAC tentang Covid-19
- Perutusan Presiden
- Notis terkini pada Kebaktian Ibadat Ahad (SCAC, TMC)
- Perkara Doa
- Mezbah Keluarga
- Pautan Sumber Yang Berguna
- Untuk Pemimpin Kelompok Kecil
- Pedoman Harian oleh Terbitan Kristian
- NECF Renungan 40 Hari untuk Covid-19
- Artikel
- Movies
- Others
Sarawak COVID-19 Hotline
CPCR 082-443248
PBK Kuching 082-248864
PBK Serian 082-872331
PBK Samarahan 082-672101
PBK Sri Aman 083-320230
PBK Betong 083-472360
PBK Sarikei 084-652815
PBK Mukah 084-873302
PBK Sibu 084-345862
PBK Kapit 084-796264
PBK Bintulu 086-315235
PBK Miri 085-410722
PBK Limbang 085-211726
Please call these numbers first if you show any symptoms like high fever, cough and shortness of breath before going to the hospital.
- Details
- Hits: 241
Sagat Rasat
Shalom. saya bersyukur kerana saya dapat mengikuti Disciple Hijau dan telah habis belajar menjadi murid Yesus. bersyukur pada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan kerohanian saya untuk belajar firman Tuhan setiap hari melalui pemuridan ini saya banyak belajar firman Tuhan dan Tuhan juga telah membimbing saya agar saya sentiasa dekat dengan Tuhan.
Melalui belajar firman Tuhan dalam disciple hijau telah memberi saya kesedar betapa pentingnya firman Tuhan dalam kehidupan saya sebagai seorang kristian.sekali lagi saya mengucap syukur kepada Tuhan kebaikan nya memimpin saya sepanjang saya belajar disciple hijau dengan jayanya...
Terima kasih Tuhan Yesus kerana kebaikannya....sekian dari saya ...
Agnes Ayun
Shalom. Saya sangat bersyukur dapat mengikut kelas disciple hijau tahun ini. Saya berterima kasih kepada fasilitator yang bimbing kami setiap minggu, dan gembira bersama pelajar yang lain. Sepanjang 32 minggu ini, saya mempunyai komitmen dalam menyiap pelajaran dan menghadir masa kelas. Ada 2 kali atau sekali saya tak hadir kerana ada hal tertentu.
Melalui kelas ini saya dapat melihat kehidupan saya rohani bertumbuh dan di samping itu pengetahuan alkitab lebih mendalam. Fokus kelas ini membawa firman ini dalam kehidupan seharian, saya melihat diri saya juga menghidupkan firman ini.
Saya ingin mendorong jemaat untuk mengikuti kelas merah n hijau ini untuk membina pengetahuan alkitab kita dan mematangkan kerohanian kita. Lalu kita hidup sebagai pengikut kristus yang berbuah. Terima kasih semua
Sokimah
Saya bersyukur dengan keputusan yang saya telah buat awal tahun ini untuk mengikuti kelas Disciple Hijau, kerana tahun lepas saya tidak dapat menyelesaikannya. Menyelesaikan 32 pelajara merupakan satu perjuangan yang berat tetapi sangat berbaloi. Puji Tuhan saya dapat menyelesaikannya juga.
Mengikuti kelas disciple ini membantu saya untuk mengurus masa dengan betul, dari saya bangun pagi sehingga saya tidur waktu malam. Dengan masa yang terurus dengan betul, maka saya dapat menyelesaikan tugasan yang perlu di siapkan sebelum masuk ke kelas, dalam masa yang sama kerja rumah dapat diselesaikan.
Kelas Disciple Hijau ini juga mengajar saya untuk melihat bahawa komitmen saya pada awal tahun bukan komitmen saya kepada manusia tetapi kepada Tuhan. Oleh itu saya dapat mengatakan saya telah menyelasaikan kelas ini kerana anugerah Tuhan untuk saya, kemuliaan hanya untuk Tuhan.
Banyak yang saya telah pelajari dari kelas disciple ini, namun di sini saya mahu berkongsi satu pekara yang saya pelajari. Melalui perbincangan dalam kelas, saya belajar peribadi Paulus, saya mendapati bahawa bagi Paulus, setiap masa adalah kesempatan untuk memberitakan Injil, Paulus tidak berfikir tentang diri dia sendiri, adakah dia dalam keadaan yang selesa atau bahaya, yang penting khabar baik dapat di beritakan. Perjuangan Paulus itu adalah prejuangan yang sangat luar biasa.
Catherine Sawai Anak Kaba
Shalom dan selamat pagi semua.Di sini saya ingin membuat kesaksian setelah mengikut kelas Disciple Hijau ini selama 32 Minggu. Saya bersyukur dapat menghabiskan kesemua bab 32, kerana satu bab pun saya tak ada ketinggalan. Ini adalah Anugerah karunianya yang menguatkan saya berkomitment untuk terus mengikuti kelas.Sebenarnya memang niat saya Kepada Tuhan untuk menghabis kesemua bab,saya tak mahu tinggal satupun, kerana saya minta dengan Tuhan untuk Mempermudahkan segala apa yang saya alami dan keperluan saya untuk mencapaikan misi saya untuk mendapat kemenangan ini.Saya berdoa kepada Tuhan selepas saya tamat kelas Disciple Merah tahun lepas, ternyata Tuhan sentiasa ada dengan saya,mendengar keinginan dan niat saya.kerana kita mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya bagi kita dulu, sekarang Dan selamanya, Yesus Tuhan kita tetap ada untuk kita.
Saya bersyukur juga kepada Tuhan kerana menguatkan keluarga saya, anak-anak dan suami saya sanggup mengikuti Saya setiap kali kelas pada hari Isnin. Saya percaya kerana Kasih Karunia Bapa disyurga Yang menguatkan dalam segala hal dan Tuhan campurtangan, kalau Dia tidak ada semuanya tak akan terjadi kalau mengikut kemahuan kita.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat mengikuti kelas Disciple Hijau ini, kerana melalui Kelas ini saya dapat Mendalami firmanya dengan lebih mendalam lagi, terutamanya dalam alkitab perjanjian baru,tak terlintas di fikiran saya, seperti Alkitab Roma,Korintus, Efesus,Galatia Kolose,Filipi dan Tesalonika adalah tempat yang di kunjungi oleh
Paulus untuk mengkhabarkan pemberitaan Berita baik dan tentangan-tentangan, halangan-halangan yang Paulus hadapi.Kalau saya tak mengikuti kelas ini, mungkin sampai sekarang tak tahu kebenaran di setiap alkitab. Mungkin saya hanya membaca tetapi tidak tahu langsung kebenaran di dalam setiap alkitab, dari mana datang nama Roma, Efesus, Korintus itu semua, saya bersyukur kerana saya sudah tahu sekarang, Terima kasih Tuhan.
Saya bersyukur juga semasa di dalam kelas, kerana kami semua semasa dalam perbincangan dapat berkongsi dan bercerita tentang apa yang kami alami, baik dari segi peribadi kami. Kami dapat berbincang sampai kami sama-sama bercerita terutamanya tentang Roh Kudus dan penuaian Ps. Philip Mantofa.Saya bersyukur setiap bab yang kami pelajari, Tuhan sentiasa memberi damai sejahtera dan sukacita,sentiasa bersemangat. Puji Tuhan, Terima kasih kepada Kak Sitie,Saudari Tagi yang sudi bersama kami untuk belajar bersama-sama(mengajar). Untuk yang lain Kak Sokimah, Agnes Ayun, Sagat, Russel & Lionel. Teruskan menaati firman Tuhan walaupun tidak ada kelas tahun depan, luangkan masa,begitu juga kepada jemaat yang ada kerinduan untuk belajar firman Tuhan, ayuh kita sama-sama bangkit dalam Kerajaannya.Supaya kita lebih tahu setakat mana keimanan kita,walaupun kita selalu pergi beibadah, tetapi tetap Sama setiap tahun,tidak ada kelainan.Ambil peluang ini untuk belajar kelas Disciple Merah Tahun depan,kalau kita mahu tidak ada yang mustahil. Maafkan saya sekiranya dorongan dan kata semangat yang menyebebkan ada tersentuh atau terguris, saya harap ambil sebagai dorongan buat anda.Buat yang terbaik di dalam hidup anda selagi ada kesempatan.Mari kita sama-sama mengutamakan kerajaannya. Sekian Terima Kasih.. Tuhan Memberkati kita Semua-- Amen
Lionel Jong
Saya sangat bersyukur kerana dapat menghabiskan 32 bab di Disciple Hijau ini selama 8 bulan lebih. Saya ingin menaikkan pujian syukur saya kepada Tuhan kerana tanpa Tuhan saya mungkin tidak dapat tahan mengharungi kelas ini.
Apa yang belajar didalam disciple hijau ini adalah peribadi seorang penginjil yang sangat taat kepada sebagai contohnya Rasul Paulus. Rasul Paulus telah mengajar tentang keberanian untuk menginjil atau membritakan berita Baik tentang Tuhan. Saat Rasul Paulus diancam bahaya, Roh Kudus selalu memimpin dia atau menghalang dia untuk pergi ke sesuatu tempat. Di dalam kelas disciple ini juga saya dapat belajar antara satu sama lain mengenai pengongsian perserta disciple masing-masing. Sekali lagi saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana saya dapat mengikuti kelas disciple hijau pada Tahun ini.
- Details
- Hits: 229
Senorita Chol
Shallom semua, saya Senorita Anak Chol wakil Disciple Merah 2019. Puji Tuhan, sepanjang 9 bulan lebih mengikuti Disciple Merah saya sangat bersyukur dapat menghabiskan pembelajaran ini.Sebelum mengikuti Disciple saya rasa lemah dalam pengertian mengenai Alkitab dan kurang membaca Alkitab. Selalunya saya hanya membuka Alkitab apabila membuat persiapan berkongsi Firman Tuhan bersama anak Sekolah Minggu dan kelompok sel.Oleh kerana saya guru sekolah minggu serta ketua kelompok sel Chawan keadaan ini mendorong saya ada kerinduan mengikuti Diciple Merah.Lebih kurang 1 tahun (2018) saya berdoa kepada Tuhan agar diberi sukacita dan kerelaan hati untuk mengikuti Diciple Merah.Tanpa teragak agak saya mendaftar nama pada awal tahun ini.
Sepanjang mengikuti Disciple ini saya dapat merasakan bertumbuh secara rohani bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Walaupun agak sukar dan asyik bergumul membuat tugasan sebab tidak tahu macam mana buat, Puji Tuhan, Tuhan membuka jalan serta membimbing saya membuat tugasan iaitu berdoa sebelum buat tugasan. Selepas membaca di dalam alkitab saya akan mencari tafsiran di google. (------------(ayat alkitab) sabda tb).Saya juga senang berkongsi cerita dan ayat- ayat Alkitab besama anak-anak SM serta ahli kelompok sel. Apabila ada kesempatan mendengar khotbah pastor (kalau tidak mengajar di sekolah minggu) kadang-kadang cerita atau ayat firman Tuhan yang dibawa selalunya macam sudah biasa didengar dan dipelajari.
Apa yang saya pelajari dalam Disciple amat mendorong serta memberi kekuatan kepada saya untuk terus melayani. Walaupun setiap minggu ada saja rakan yang lain mengundur diri ,tetapi itu tidak menghalang semangat saya untuk terus menghadirkan diri setiap minggu. Mempunyai dua orang guru serta pembimbing yang setia menjadikan kami berempat terus setia sampai ke penghujung pembelajaran. Tidak ada yang mustahil walaupun ada yang bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, komitmen dan disiplin perlu ada supaya dapat sampai ke garisan penamat.Saya merasakan kalau tidak membuat tugasan menyebabkan saya tidak senang duduk dan berasa rugi kalau tidak membaca firman Tuhan dan tafsirannya. Selalunya saya akan membuat tugasan waktu malam selepas anak tidur,sebab memerlukan suasana yang damai serta tenang .
Puji Tuhan juga, sebab suami sudi menghantar dan mengambil saya ke gereja untuk mengikuti Disciple. Adanya Tuhan menyertai dan kerinduan untuk belajar memang tidak ada halangan untuk kita menghabiskan pembelajaran ke-1 – ke-34.Sokongan keluarga juga menjadikan saya berjaya mengenggam segulung sijil Disciple Merah tahun ini. Diharapkan ada ramai lagi saudara dan saudari untuk mengikuti Disciple Merah tahun depan. Biar kita terus bertumbuh dan menjadi garam serta terang kepada gereja. Doakan kami berempat iaitu Dalina, Lusiani, Roy dan saya supaya dapat melangkah ke Disciple Hijau juga bersama-sama. Saya percaya Tuhan tidak melihat bilangan yang mengikuti Disciple tetapi hati yang setia serta sukacita mengikutinya.
Sekian terima kasih, Tuhan memberkati.
Lusiani Anak Silas
Nama saya Lusiani. Saya sudah mengikuti kelas disciple sampai habis. Saya rasa terbeban juga sebab perlu baca alkitab dan buku Disciple. Saya juga rasa seronok sebab tiap Hari saya baca alkitab walaupun saya tidak menulis apa. Bila ada kelas saya datang dan menjadi pendengar dan membaca sedikit dari ayat yg telah saya baca di rumah. Rakan kelas sy sangat baik hati dan suka menolong saya menulis kata doa untuk saya. Saya juga berterima kasih kepada cikgu yg sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan menjadi pembimbing yg baik dalam gereja. Semoga saya terus setia menjadi anggota gereja. Sekian terima kasih. Tuhan Yesus memberkati. Amen.
Dalina Anak Jawan
Shalom, Puji Tuhan. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan atas anugerah dan kesempatan yang sentiasa menyertai sepanjang kelas Disciple Merah dijalankan. Sepanjang saya menghadiri kelas Disciple, saya dapat rasakan pertumbuhan rohani sedikit demi sedikit. Dalam jiwa rohani saya mengatakan saya tidak boleh berputus asa, saya tidak boleh menjadi orang yang tersesat dan terhilang lagi kerana saya tahu inilah waktu panggilan Tuhan untuk saya. Dan saya tidak boleh menolak. Dalam membuat tugasan ini, saya memerlukan komitmen iaitu dari segi masa dan kerelaan hati yang betul-betul ikhlas untuk melayani Tuhan. Cabaran semasa saya membuat tugasan Disciple memang ada. Lebih-lebih lagi apabila jiran sebelah selalu memasang lagu terlalu bising sehingga saya tidak dapat fokus. Apa yang saya lakukan, saya hanya mampu berdoa supaya jiran saya dapat menghormati orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Masalah-masalah keluarga yang cuba mengganggu tugasan saya, saya juga serahkan kepada Tuhan supaya Tuhan membuka jalan untuk saya mengatasinya. Puji Tuhan, saya bersyukur kerana sampai ke akhirnya kelas Disciple merah habis, saya percaya itu adalah pimpinan dan penyertaanNya supaya saya boleh mempelajari Alkitab dan kerjakan dalam kebenaran-Nya。 Sekian. Terima kasih. Tuhan itu Baik.