Perkataan kita tidak cukup untuk menyatakan betapa kita mengasihi Yesus, ingat orang boleh berkata bahawa dia mengasihi Tuhan tetapi perbuatannya tidak berkata sedemikian. Perbuatan menurut Alkitab berkata lebih nyaring daripada perkataan. Oleh itu salah satu kegiatan yang dimasukkan dalam program muda-mudi pelayanan BM gereja Trinity adalah “…kerja Amal..” membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Pada satu petang hari sabtu beberapa anak-anak muda mudi pergi ke Setutong untuk membersih rumah kediaman sdr Sim. Dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap anak-anak muda maka kerja gotong royong dapat dilaksanakan dengan baik.
“….Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran… 1 Yohanes 3:18