Disciple Merah

Senorita Chol

Shallom semua, saya Senorita Anak Chol wakil  Disciple Merah 2019. Puji Tuhan, sepanjang 9 bulan lebih mengikuti Disciple Merah saya sangat bersyukur dapat menghabiskan pembelajaran ini.Sebelum mengikuti Disciple saya rasa lemah dalam pengertian mengenai Alkitab dan kurang membaca Alkitab. Selalunya saya hanya membuka Alkitab apabila membuat persiapan berkongsi Firman Tuhan bersama anak Sekolah Minggu dan kelompok sel.Oleh kerana saya guru sekolah minggu serta ketua kelompok sel Chawan keadaan ini mendorong saya ada kerinduan mengikuti Diciple Merah.Lebih kurang 1 tahun (2018) saya berdoa kepada Tuhan agar diberi sukacita dan kerelaan hati untuk mengikuti Diciple Merah.Tanpa teragak agak saya mendaftar nama pada awal tahun ini.

Sepanjang mengikuti Disciple ini saya dapat merasakan bertumbuh secara rohani bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Walaupun agak sukar dan asyik bergumul membuat tugasan sebab tidak tahu macam mana buat, Puji Tuhan, Tuhan membuka jalan serta membimbing saya membuat tugasan iaitu berdoa sebelum buat tugasan. Selepas membaca di dalam alkitab saya akan mencari tafsiran di google. (------------(ayat alkitab) sabda tb).Saya juga senang berkongsi cerita dan ayat- ayat Alkitab besama anak-anak SM serta ahli kelompok sel. Apabila ada kesempatan mendengar khotbah pastor (kalau tidak mengajar di sekolah minggu) kadang-kadang cerita atau ayat firman Tuhan yang dibawa selalunya macam sudah biasa didengar dan dipelajari.

Apa yang saya pelajari dalam Disciple amat mendorong serta memberi kekuatan kepada saya untuk terus melayani. Walaupun setiap minggu ada saja rakan yang lain mengundur diri ,tetapi itu tidak menghalang semangat saya untuk terus menghadirkan diri setiap minggu. Mempunyai dua orang guru serta pembimbing yang setia menjadikan kami berempat terus setia sampai ke penghujung pembelajaran. Tidak ada yang mustahil walaupun ada yang bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, komitmen dan disiplin perlu ada supaya dapat sampai ke garisan penamat.Saya merasakan kalau tidak membuat tugasan menyebabkan saya tidak senang duduk dan berasa rugi kalau tidak membaca firman Tuhan dan tafsirannya. Selalunya saya akan membuat tugasan waktu malam selepas anak tidur,sebab memerlukan suasana yang damai serta tenang .

Puji Tuhan juga, sebab suami sudi menghantar dan mengambil saya ke gereja untuk mengikuti Disciple. Adanya Tuhan menyertai dan kerinduan untuk belajar memang tidak ada halangan untuk kita menghabiskan pembelajaran ke-1 – ke-34.Sokongan keluarga juga menjadikan saya berjaya mengenggam segulung sijil Disciple Merah tahun ini. Diharapkan ada ramai lagi saudara dan saudari untuk mengikuti Disciple Merah tahun depan. Biar kita terus bertumbuh dan menjadi garam serta terang kepada gereja. Doakan kami berempat iaitu Dalina, Lusiani, Roy dan saya supaya dapat melangkah ke Disciple Hijau juga bersama-sama. Saya percaya Tuhan tidak melihat bilangan yang mengikuti Disciple tetapi hati yang setia serta sukacita mengikutinya.

Sekian terima kasih, Tuhan memberkati.


Lusiani Anak Silas

Nama saya Lusiani. Saya sudah mengikuti kelas disciple sampai habis. Saya rasa terbeban juga sebab perlu baca alkitab dan buku Disciple. Saya juga rasa seronok sebab tiap Hari saya baca alkitab walaupun saya tidak menulis apa. Bila ada kelas saya datang dan menjadi pendengar dan membaca sedikit dari ayat yg telah saya baca di rumah.  Rakan kelas sy sangat baik hati dan suka menolong saya menulis kata doa untuk saya. Saya juga berterima kasih kepada cikgu yg sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan menjadi pembimbing yg baik  dalam gereja. Semoga saya terus setia menjadi anggota gereja. Sekian terima kasih. Tuhan Yesus memberkati. Amen.


Dalina Anak Jawan

Shalom, Puji Tuhan. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan atas anugerah dan kesempatan yang sentiasa menyertai sepanjang kelas Disciple Merah dijalankan. Sepanjang saya menghadiri kelas Disciple, saya dapat rasakan pertumbuhan rohani sedikit demi sedikit. Dalam jiwa rohani saya mengatakan saya tidak boleh berputus asa, saya tidak boleh menjadi orang yang tersesat dan terhilang lagi kerana saya tahu inilah waktu panggilan Tuhan untuk saya. Dan saya tidak boleh menolak. Dalam membuat tugasan ini, saya memerlukan komitmen iaitu dari segi masa dan kerelaan hati yang betul-betul ikhlas untuk melayani Tuhan. Cabaran semasa saya membuat tugasan Disciple memang ada. Lebih-lebih lagi apabila jiran sebelah selalu memasang lagu terlalu bising sehingga saya tidak dapat fokus. Apa yang saya lakukan, saya hanya mampu berdoa supaya jiran saya dapat menghormati orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Masalah-masalah keluarga yang cuba mengganggu tugasan saya, saya juga serahkan kepada Tuhan supaya Tuhan membuka jalan untuk saya mengatasinya. Puji Tuhan, saya bersyukur kerana sampai ke akhirnya kelas Disciple merah habis, saya percaya itu adalah pimpinan dan penyertaanNya supaya saya boleh mempelajari Alkitab dan kerjakan dalam kebenaran-Nya。 Sekian. Terima kasih. Tuhan itu Baik.


Kebaktian Umum Ahad

Aturcara Penyembahan & Berita
BulletinsBM

ChurchGiving