SOP Kebaktian Gereja
Newsletter 300

Aturcara Penyembahan & Berita
BulletinsBM

BM

Dalam Yesus ada Sukacita

pasir pandak 1Outing Muda-mudi di pasik pandak, seramai 24 orang muda yang telah mengikut program ini. kami bertolak dari gereja kira-kira pada pukul 9 pagi. Semua keperluan telah disediakan pada malam hari sebelumnya. Dengan penuh semangat anak-anak muda bangun awal pagi dan bersiap untuk pergi ke pasir pandak. Kami memerlukan 40 minit untuk sampai di pasir pandak.

Semua program sudah diatur oleh mereka yang ditetapkan untuk mengurus bahagian yang telah ditentutkan. Semua anak-anak muda harus terlibat bersama-sama. 

Pengkotbah 11:9 “…Bersukarialah, hai pemuda, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahwa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan!

pasir pandak 2
Permainan bola sepak dipantai
pasir pandak 3
Rehat untuk makan tengahari
pasir pandak 4
Sukaneka mengisi air dalam botol

Bantulah mereka yang memerlukan

Perkataan kita tidak cukup untuk menyatakan betapa kita mengasihi Yesus, ingat orang boleh berkata bahawa dia mengasihi Tuhan tetapi perbuatannya tidak berkata sedemikian. Perbuatan menurut Alkitab berkata lebih nyaring daripada perkataan. Oleh itu salah satu kegiatan yang dimasukkan dalam program muda-mudi pelayanan BM gereja Trinity adalah “…kerja Amal..”  membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Pada satu petang hari sabtu beberapa anak-anak muda mudi pergi ke Setutong untuk membersih rumah kediaman sdr Sim. Dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap anak-anak muda maka kerja gotong royong dapat dilaksanakan dengan baik.

“….Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran… 1 Yohanes 3:18

gotong royong 1
Anak-anak muda yang itu gotong royong
gotong royong 2
membersih rumah orang
gotong royong 4
Masing-masing melakukan tugas masing
gotong royong 5
Berehat setelah kerja

Apakah anda bersedia?

SSTS1

Pemipin kelompok Sel bersama-sama mengikut latihan SSTS di gereja Trinity, diadakan pada 26 March 2016, jam 8:00pagi-4:30ptg terdapat seramai 20 orang peserta yang ikut. Latihan ini diadakan sepanjang hari. Semasa latihan SSTS ini semua peserta sangat diberkati. Mereka didorong untuk terus melayani dikawasan masing-masing.

Pergunakan setiap peluang......

Kunjungan keluarga1Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, karena apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah. Karena itu, selama masih ada kesempatan bagi kita, marilah kita berbuat baik kepada semua orang, tetapi terutama kepada kawan-kawan kita seiman. Galatia 6:9-10