SOP Kebaktian Gereja
Newsletter 300

Aturcara Penyembahan & Berita
BulletinsBM

BM

Kesaksian Pelajar Pemuridan Merah

Disciple Merah

Senorita Chol

Shallom semua, saya Senorita Anak Chol wakil  Disciple Merah 2019. Puji Tuhan, sepanjang 9 bulan lebih mengikuti Disciple Merah saya sangat bersyukur dapat menghabiskan pembelajaran ini.Sebelum mengikuti Disciple saya rasa lemah dalam pengertian mengenai Alkitab dan kurang membaca Alkitab. Selalunya saya hanya membuka Alkitab apabila membuat persiapan berkongsi Firman Tuhan bersama anak Sekolah Minggu dan kelompok sel.Oleh kerana saya guru sekolah minggu serta ketua kelompok sel Chawan keadaan ini mendorong saya ada kerinduan mengikuti Diciple Merah.Lebih kurang 1 tahun (2018) saya berdoa kepada Tuhan agar diberi sukacita dan kerelaan hati untuk mengikuti Diciple Merah.Tanpa teragak agak saya mendaftar nama pada awal tahun ini.

Sepanjang mengikuti Disciple ini saya dapat merasakan bertumbuh secara rohani bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Walaupun agak sukar dan asyik bergumul membuat tugasan sebab tidak tahu macam mana buat, Puji Tuhan, Tuhan membuka jalan serta membimbing saya membuat tugasan iaitu berdoa sebelum buat tugasan. Selepas membaca di dalam alkitab saya akan mencari tafsiran di google. (------------(ayat alkitab) sabda tb).Saya juga senang berkongsi cerita dan ayat- ayat Alkitab besama anak-anak SM serta ahli kelompok sel. Apabila ada kesempatan mendengar khotbah pastor (kalau tidak mengajar di sekolah minggu) kadang-kadang cerita atau ayat firman Tuhan yang dibawa selalunya macam sudah biasa didengar dan dipelajari.

Apa yang saya pelajari dalam Disciple amat mendorong serta memberi kekuatan kepada saya untuk terus melayani. Walaupun setiap minggu ada saja rakan yang lain mengundur diri ,tetapi itu tidak menghalang semangat saya untuk terus menghadirkan diri setiap minggu. Mempunyai dua orang guru serta pembimbing yang setia menjadikan kami berempat terus setia sampai ke penghujung pembelajaran. Tidak ada yang mustahil walaupun ada yang bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, komitmen dan disiplin perlu ada supaya dapat sampai ke garisan penamat.Saya merasakan kalau tidak membuat tugasan menyebabkan saya tidak senang duduk dan berasa rugi kalau tidak membaca firman Tuhan dan tafsirannya. Selalunya saya akan membuat tugasan waktu malam selepas anak tidur,sebab memerlukan suasana yang damai serta tenang .

Puji Tuhan juga, sebab suami sudi menghantar dan mengambil saya ke gereja untuk mengikuti Disciple. Adanya Tuhan menyertai dan kerinduan untuk belajar memang tidak ada halangan untuk kita menghabiskan pembelajaran ke-1 – ke-34.Sokongan keluarga juga menjadikan saya berjaya mengenggam segulung sijil Disciple Merah tahun ini. Diharapkan ada ramai lagi saudara dan saudari untuk mengikuti Disciple Merah tahun depan. Biar kita terus bertumbuh dan menjadi garam serta terang kepada gereja. Doakan kami berempat iaitu Dalina, Lusiani, Roy dan saya supaya dapat melangkah ke Disciple Hijau juga bersama-sama. Saya percaya Tuhan tidak melihat bilangan yang mengikuti Disciple tetapi hati yang setia serta sukacita mengikutinya.

Sekian terima kasih, Tuhan memberkati.


Lusiani Anak Silas

Nama saya Lusiani. Saya sudah mengikuti kelas disciple sampai habis. Saya rasa terbeban juga sebab perlu baca alkitab dan buku Disciple. Saya juga rasa seronok sebab tiap Hari saya baca alkitab walaupun saya tidak menulis apa. Bila ada kelas saya datang dan menjadi pendengar dan membaca sedikit dari ayat yg telah saya baca di rumah.  Rakan kelas sy sangat baik hati dan suka menolong saya menulis kata doa untuk saya. Saya juga berterima kasih kepada cikgu yg sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan menjadi pembimbing yg baik  dalam gereja. Semoga saya terus setia menjadi anggota gereja. Sekian terima kasih. Tuhan Yesus memberkati. Amen.


Dalina Anak Jawan

Shalom, Puji Tuhan. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan atas anugerah dan kesempatan yang sentiasa menyertai sepanjang kelas Disciple Merah dijalankan. Sepanjang saya menghadiri kelas Disciple, saya dapat rasakan pertumbuhan rohani sedikit demi sedikit. Dalam jiwa rohani saya mengatakan saya tidak boleh berputus asa, saya tidak boleh menjadi orang yang tersesat dan terhilang lagi kerana saya tahu inilah waktu panggilan Tuhan untuk saya. Dan saya tidak boleh menolak. Dalam membuat tugasan ini, saya memerlukan komitmen iaitu dari segi masa dan kerelaan hati yang betul-betul ikhlas untuk melayani Tuhan. Cabaran semasa saya membuat tugasan Disciple memang ada. Lebih-lebih lagi apabila jiran sebelah selalu memasang lagu terlalu bising sehingga saya tidak dapat fokus. Apa yang saya lakukan, saya hanya mampu berdoa supaya jiran saya dapat menghormati orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Masalah-masalah keluarga yang cuba mengganggu tugasan saya, saya juga serahkan kepada Tuhan supaya Tuhan membuka jalan untuk saya mengatasinya. Puji Tuhan, saya bersyukur kerana sampai ke akhirnya kelas Disciple merah habis, saya percaya itu adalah pimpinan dan penyertaanNya supaya saya boleh mempelajari Alkitab dan kerjakan dalam kebenaran-Nya。 Sekian. Terima kasih. Tuhan itu Baik.


Semua kita ada saudara

Boy’s Brigades program Love-in Box

Setiap tahun Boy’s Brigades akan mengadakan program yang dipanggil “Love-in Box”. Program ini diadakan untuk member kesedaran kepada gereja tentang membantu orang yang miskin atau berpendapatan rendah.  Tujuan program ini adalah untuk menyatakan kasih kepada orang awam yang memerlukan.

Matius 22:37, Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.  ……Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.

“......Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, karena apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah. Karena itu, selama masih ada kesempatan bagi kita, marilah kita berbuat baik kepada semua orang, tetapi terutama kepada kawan-kawan kita seiman......” Galatia 6:9-10

 

Love in box 2
Muda-mudi menyerah bag sekolah kepada murid-murid di Kpg kudei
Love in Box 3
Memberi Beras kepada mereka yang di Sg Periok

Lakukan segala sesuatu dengan sukarela

Setiap tahun pelayanan medical dan healthcare akan diadakan dibeberapa kawasan dibandar Kuching. Terdapat beberapa doctor, jururawat dan jemaah gereja akan terlibat untuk menolong mereka yang memerlukan. Program  medical dan healthcare ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada mereka yang memerlukan tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan. Selain itu program ini juga bertujuan untuk menyatakan kepada mereka tentang kasih Tuhan. “....Oleh kerana Tuhan kami diberkati...”

Pelayanan ini akan menyediakan rawatan yang percuma kepada semua orang tanpa mengira bangsa, latarbelakang dan agama. Sebab Tuhan Yesus berkata bahawa kita harus mengasihi semua orang seperti Dia mengasihi kita. 

Healthcare1
Sebelum rawatan diadakan seperti biasa jemaah gereja menyediakan makanan dan dieruskan dengan ceramah singkat oleh kampulan doctor. Ceramah ini adalah tentang kesihatan
healthcare2
Sekiranya ada orang yang mahu didoakan, maka jemaah yang datang akan mendoakan mereka

 

Kursus Pemuridan

Pada tahun ini terdapat 10 orang yang telah mendaftar diri untuk mengikuti kurusus pemuridan yang mengambil masa selama 34 minggu untuk diselasaikan. Kurusus pemuridan memerlukan ketabahan, penyerahan dan kesabaran yang tinggi untuk menyelasaikanya. Setiap hari setiap peserta harus membaca bahagian Firman Tuhan yang telah ditetapkan dengan setia.

Setiap hujung minggu dengan dua orang guru akan bersama dengan semua peserta yang telah mendaftar untuk mendengar dan belajar tentang apa yan telah mereka pelajari sepanjang minggu. Semua peserta diberikan ruang untuk berkongsi tentang apa yang mereka belajar. 

Pelajaran pemuridan ini akan menolong semua peserta untuk menghabiskan seluruh Alkitab dalam satu tahun. Secara manusia ianya sukar oleh kerana banyak tugas yang lain tetapi dengan bantuan Tuhan maka peserta dapat menyelasaikannya dengan baik.

Ezra 7:10 “….Sebab Ezra telah bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya serta mengajar ketetapan dan peraturan di antara orang Israel. 

Kursus Pemuridan 2Kursus Pemuridan 3