BM

Lakukan segala sesuatu dengan sukarela

Setiap tahun pelayanan medical dan healthcare akan diadakan dibeberapa kawasan dibandar Kuching. Terdapat beberapa doctor, jururawat dan jemaah gereja akan terlibat untuk menolong mereka yang memerlukan. Program  medical dan healthcare ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada mereka yang memerlukan tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan. Selain itu program ini juga bertujuan untuk menyatakan kepada mereka tentang kasih Tuhan. “....Oleh kerana Tuhan kami diberkati...”

Pelayanan ini akan menyediakan rawatan yang percuma kepada semua orang tanpa mengira bangsa, latarbelakang dan agama. Sebab Tuhan Yesus berkata bahawa kita harus mengasihi semua orang seperti Dia mengasihi kita. 

Healthcare1
Sebelum rawatan diadakan seperti biasa jemaah gereja menyediakan makanan dan dieruskan dengan ceramah singkat oleh kampulan doctor. Ceramah ini adalah tentang kesihatan
healthcare2
Sekiranya ada orang yang mahu didoakan, maka jemaah yang datang akan mendoakan mereka

 

Kursus Pemuridan

Pada tahun ini terdapat 10 orang yang telah mendaftar diri untuk mengikuti kurusus pemuridan yang mengambil masa selama 34 minggu untuk diselasaikan. Kurusus pemuridan memerlukan ketabahan, penyerahan dan kesabaran yang tinggi untuk menyelasaikanya. Setiap hari setiap peserta harus membaca bahagian Firman Tuhan yang telah ditetapkan dengan setia.

Setiap hujung minggu dengan dua orang guru akan bersama dengan semua peserta yang telah mendaftar untuk mendengar dan belajar tentang apa yan telah mereka pelajari sepanjang minggu. Semua peserta diberikan ruang untuk berkongsi tentang apa yang mereka belajar. 

Pelajaran pemuridan ini akan menolong semua peserta untuk menghabiskan seluruh Alkitab dalam satu tahun. Secara manusia ianya sukar oleh kerana banyak tugas yang lain tetapi dengan bantuan Tuhan maka peserta dapat menyelasaikannya dengan baik.

Ezra 7:10 “….Sebab Ezra telah bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya serta mengajar ketetapan dan peraturan di antara orang Israel. 

Kursus Pemuridan 2Kursus Pemuridan 3

Dalam Yesus ada Sukacita

pasir pandak 1Outing Muda-mudi di pasik pandak, seramai 24 orang muda yang telah mengikut program ini. kami bertolak dari gereja kira-kira pada pukul 9 pagi. Semua keperluan telah disediakan pada malam hari sebelumnya. Dengan penuh semangat anak-anak muda bangun awal pagi dan bersiap untuk pergi ke pasir pandak. Kami memerlukan 40 minit untuk sampai di pasir pandak.

Semua program sudah diatur oleh mereka yang ditetapkan untuk mengurus bahagian yang telah ditentutkan. Semua anak-anak muda harus terlibat bersama-sama. 

Pengkotbah 11:9 “…Bersukarialah, hai pemuda, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahwa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan!

pasir pandak 2
Permainan bola sepak dipantai
pasir pandak 3
Rehat untuk makan tengahari
pasir pandak 4
Sukaneka mengisi air dalam botol

Bantulah mereka yang memerlukan

Perkataan kita tidak cukup untuk menyatakan betapa kita mengasihi Yesus, ingat orang boleh berkata bahawa dia mengasihi Tuhan tetapi perbuatannya tidak berkata sedemikian. Perbuatan menurut Alkitab berkata lebih nyaring daripada perkataan. Oleh itu salah satu kegiatan yang dimasukkan dalam program muda-mudi pelayanan BM gereja Trinity adalah “…kerja Amal..”  membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Pada satu petang hari sabtu beberapa anak-anak muda mudi pergi ke Setutong untuk membersih rumah kediaman sdr Sim. Dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap anak-anak muda maka kerja gotong royong dapat dilaksanakan dengan baik.

“….Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran… 1 Yohanes 3:18

gotong royong 1
Anak-anak muda yang itu gotong royong
gotong royong 2
membersih rumah orang
gotong royong 4
Masing-masing melakukan tugas masing
gotong royong 5
Berehat setelah kerja