Kesaksian Pelajar Pemuridan Hijau

Disciple Hijau

 

Sagat Rasat

Shalom. saya bersyukur kerana saya dapat mengikuti Disciple Hijau dan telah habis belajar menjadi murid Yesus. bersyukur pada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan kerohanian saya untuk belajar firman Tuhan setiap hari melalui pemuridan ini saya banyak belajar firman Tuhan dan Tuhan juga telah membimbing saya agar saya sentiasa dekat dengan Tuhan.

Melalui belajar firman Tuhan dalam disciple hijau telah memberi saya kesedar betapa pentingnya  firman Tuhan dalam kehidupan saya sebagai seorang kristian.sekali lagi saya mengucap syukur kepada Tuhan kebaikan nya memimpin saya sepanjang saya belajar disciple hijau dengan jayanya...

Terima kasih Tuhan Yesus  kerana kebaikannya....sekian dari saya ... 


Agnes Ayun

Shalom. Saya sangat bersyukur dapat mengikut kelas disciple hijau tahun ini. Saya berterima kasih kepada fasilitator yang bimbing kami setiap minggu, dan gembira bersama pelajar yang lain. Sepanjang 32 minggu ini, saya mempunyai komitmen dalam menyiap pelajaran dan menghadir masa kelas. Ada 2 kali atau sekali saya tak hadir kerana ada hal tertentu.

Melalui kelas ini saya dapat melihat kehidupan saya rohani bertumbuh dan di samping itu pengetahuan alkitab lebih mendalam. Fokus kelas ini membawa firman ini dalam kehidupan seharian, saya melihat diri saya juga menghidupkan firman ini.

Saya ingin mendorong jemaat untuk mengikuti kelas merah n hijau ini untuk membina pengetahuan alkitab kita dan mematangkan kerohanian kita. Lalu kita hidup sebagai pengikut kristus yang berbuah. Terima kasih semua


Sokimah

Saya bersyukur dengan keputusan yang saya telah buat awal tahun ini untuk mengikuti kelas Disciple Hijau, kerana tahun lepas saya tidak dapat menyelesaikannya. Menyelesaikan 32 pelajara  merupakan satu perjuangan yang berat tetapi sangat berbaloi. Puji Tuhan saya dapat menyelesaikannya juga.

Mengikuti kelas disciple ini  membantu saya untuk mengurus masa dengan betul, dari saya bangun pagi sehingga saya tidur waktu malam. Dengan masa yang terurus dengan betul, maka saya dapat menyelesaikan tugasan yang perlu di siapkan sebelum masuk ke  kelas, dalam masa yang sama kerja  rumah dapat diselesaikan.

Kelas Disciple Hijau ini juga mengajar saya untuk  melihat bahawa komitmen  saya  pada awal tahun bukan komitmen saya kepada manusia tetapi kepada Tuhan. Oleh itu saya dapat mengatakan saya telah menyelasaikan kelas ini  kerana anugerah Tuhan untuk saya, kemuliaan hanya untuk Tuhan.

Banyak yang saya telah pelajari dari kelas disciple ini, namun di sini saya mahu berkongsi satu pekara yang saya pelajari. Melalui perbincangan dalam kelas, saya belajar peribadi Paulus, saya mendapati bahawa bagi Paulus, setiap masa adalah kesempatan untuk memberitakan Injil, Paulus tidak berfikir tentang diri dia sendiri, adakah dia dalam keadaan yang selesa atau bahaya, yang penting khabar baik dapat di beritakan.  Perjuangan Paulus itu adalah prejuangan  yang sangat luar biasa.


Catherine Sawai Anak Kaba

Shalom dan selamat pagi semua.Di sini saya ingin membuat kesaksian setelah mengikut kelas Disciple Hijau ini selama 32 Minggu. Saya bersyukur dapat menghabiskan kesemua bab 32, kerana satu bab pun saya tak ada ketinggalan. Ini adalah Anugerah karunianya yang menguatkan saya berkomitment untuk terus mengikuti kelas.Sebenarnya memang niat saya Kepada Tuhan untuk menghabis kesemua bab,saya tak mahu tinggal satupun, kerana saya minta dengan Tuhan untuk Mempermudahkan segala apa yang saya alami dan keperluan saya untuk mencapaikan misi saya untuk mendapat kemenangan ini.Saya berdoa kepada Tuhan selepas saya tamat kelas Disciple Merah tahun lepas, ternyata Tuhan sentiasa ada dengan saya,mendengar keinginan dan niat saya.kerana kita mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya bagi kita dulu, sekarang Dan selamanya, Yesus Tuhan kita tetap ada untuk kita.

Saya bersyukur juga kepada Tuhan kerana menguatkan keluarga saya, anak-anak dan suami saya sanggup mengikuti Saya setiap kali kelas pada hari Isnin. Saya percaya kerana Kasih Karunia Bapa disyurga Yang menguatkan dalam segala hal dan Tuhan campurtangan, kalau Dia tidak ada semuanya tak akan terjadi kalau mengikut kemahuan kita.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat mengikuti kelas Disciple Hijau ini, kerana melalui Kelas ini saya dapat Mendalami firmanya dengan lebih mendalam lagi, terutamanya dalam alkitab perjanjian baru,tak terlintas di fikiran saya, seperti Alkitab Roma,Korintus, Efesus,Galatia Kolose,Filipi dan Tesalonika adalah tempat yang di kunjungi oleh

Paulus untuk mengkhabarkan pemberitaan Berita baik dan tentangan-tentangan, halangan-halangan yang Paulus hadapi.Kalau saya tak mengikuti kelas ini, mungkin sampai sekarang tak tahu kebenaran di setiap alkitab. Mungkin saya hanya membaca tetapi tidak tahu langsung kebenaran di dalam setiap alkitab, dari mana datang nama Roma, Efesus, Korintus itu semua, saya bersyukur kerana saya sudah tahu sekarang, Terima kasih Tuhan.

Saya bersyukur juga semasa di dalam kelas, kerana kami semua semasa dalam perbincangan dapat berkongsi dan bercerita tentang apa yang kami alami, baik dari segi peribadi kami. Kami dapat berbincang sampai kami sama-sama bercerita terutamanya tentang Roh Kudus dan penuaian Ps. Philip Mantofa.Saya bersyukur setiap bab yang kami pelajari, Tuhan sentiasa memberi damai sejahtera dan sukacita,sentiasa bersemangat. Puji Tuhan, Terima kasih kepada Kak Sitie,Saudari Tagi yang sudi bersama kami untuk belajar bersama-sama(mengajar). Untuk yang lain Kak Sokimah, Agnes Ayun, Sagat, Russel & Lionel. Teruskan menaati firman Tuhan walaupun tidak ada kelas tahun depan, luangkan masa,begitu juga kepada jemaat yang ada kerinduan untuk belajar firman Tuhan, ayuh kita sama-sama bangkit dalam Kerajaannya.Supaya kita lebih tahu setakat mana keimanan kita,walaupun kita selalu pergi beibadah, tetapi tetap Sama setiap tahun,tidak ada kelainan.Ambil peluang ini untuk belajar kelas Disciple Merah Tahun depan,kalau kita mahu tidak ada yang mustahil. Maafkan saya sekiranya dorongan dan kata semangat yang menyebebkan ada tersentuh atau terguris, saya harap ambil sebagai dorongan buat anda.Buat yang terbaik di dalam hidup anda selagi ada kesempatan.Mari kita sama-sama mengutamakan kerajaannya. Sekian Terima Kasih.. Tuhan Memberkati kita Semua-- Amen


Lionel Jong

Saya sangat bersyukur kerana dapat menghabiskan 32 bab di Disciple Hijau ini selama 8 bulan lebih. Saya ingin menaikkan pujian syukur saya kepada Tuhan kerana tanpa Tuhan saya mungkin tidak dapat tahan mengharungi kelas ini.

Apa yang belajar didalam disciple hijau ini adalah peribadi seorang penginjil yang sangat taat kepada sebagai contohnya Rasul Paulus. Rasul Paulus telah mengajar tentang keberanian untuk menginjil atau membritakan berita Baik tentang Tuhan. Saat Rasul Paulus diancam bahaya, Roh Kudus selalu memimpin dia atau menghalang dia untuk pergi ke sesuatu tempat. Di dalam kelas disciple ini juga saya dapat belajar antara satu sama lain mengenai  pengongsian perserta disciple masing-masing. Sekali lagi saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana saya dapat mengikuti kelas disciple hijau pada Tahun ini.